Felda Technoplant buka pengambilan kakitangan baru: Minima PMR & SPM layak memohon

Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) ditubuhkan pada 22 Jun 2005 dan berpengalaman dalam menghasilkan anak benih kelapa sawit yang berkualiti tinggi sejak 1993 lagi. Antara misi utama syarikat ini adalah menguruskan kebun peneroka secara komersial berskala besar dengan memaksimumkan pencapaian hasil dan kos yang efektif. 

Selaras dengan misinya itu, kini FTSB telah membuka pelbagai kekosongan jawatan di beberapa buah lokasi untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Briged Operasi Ladang (Bandar Seri Jempol)
  2. Briged Operasi Ladang (Serting Hilir 6/7, Bandar Seri Jempol)
  3. Operator Operasi Ladang (Pasoh 3, Batu Kikir)
  4. Briged Operasi Ladang (Palong 5, Gemas)
  5. Briged Operasi Ladang (Palong 6, Gemas)
  6. Briged Operasi Ladang (Raja Alias 4, Bandar Seri Jempol)

 

Bidang tugas bagi jawatan Briged Operasi Ladang dan Operator Operasi Ladang adalah seperti penuaian kelapa sawit, pembasmian rumpai, pencantasan pelepah, pengawalan musuh dan penyakit serta membaja ladang sawit.

Syarat kelayakan akademik untuk jawatan pula adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta sebelum boleh membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

  • 07 Mei 2021 – Briged Operasi Ladang (Bandar Seri Jempol)
  • 16 Mei 2021 – Briged Operasi Ladang (Serting Hilir 6/7, Bandar Seri Jempol)
  • 19 Mei 2021 – Operator Operasi Ladang (Pasoh 3, Batu Kikir)
  • 20 Mei 2021 – Briged Operasi Ladang (Palong 5 & Palong 6)
  • 26 Mei 2021 – Briged Operasi Ladang (Raja Alias 4, Bandar Seri Jempol)

 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…