Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 dan mula beroperasi pada tahun 1977. Ia juga merupakan pelabuhan pertama di Malaysia yang mempunyai zon perdagangan bebas. Sejak penubuhannya, LPJ melalui peringkat kemajuan yang luar biasa dan terus memainkan peranan penting dalam pengurusan pelabuhan di negeri Johor.
Oleh kerana keperluan untuk memenuhi permintaan yang tinggi, ditambah dengan kawasan pantai yang terhad di Pasir Gudang, Kerajaan kemudiannya telah mengambil langkah membuka pelabuhan lain di Tanjung Pelepas. Selain itu, LPJ juga bertanggungjawab menguruskan Terminal Feri Tanjung Belungkor (TFTB) di Kota Tinggi dan Terminal Feri Changi (TFC) di Singapura.
Selaras dengan peranannya itu, kini LPJ telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:
- Pegawai Pelabuhan – Gred PP4
- Gaji minimum: RM3,205
- Pembantu Dek Kapal – Gred PP7
- Gaji minimum: RM3,202
- Pembantu Dek -Gred PP8
- Gaji minimum: RM1,852
- Polis Bantuan – Gred PP10
- Gaji minimum: RM1,616
Syarat kelayakan jawatan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan akademik pula adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.
Cara memohon:
Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh dirujuk di LAMAN INI. Manakala, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan (KLIK SINI). Borang yang telah lengkap diisi kemudiannya perlu disertakan bersama dengan dokumen berikut:
- Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai –
- Maklumat peribadi
- Kelayakan akademik/kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)
- Pengalaman kerja
- Jangkaan gaji
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
- Salinan Sijil Kelahiran dan Salinan Kad Pengenalan
- Semua salinan sijil-sijil yang disertakan perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkelayakan
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan terkini.
Borang dan dokumen yang lengkap seterusnya hendaklah dihantar secara pos atau hantaran tangan kepada:
Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor, Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan 2, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim (U.P : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 Mei 2021.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021