Peluang kerjaya sebagai Polis Bantuan di PROLINTAS dibuka: Ini syarat-syarat & cara memohon

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu merupakan salah sebuah daripada Government Linked Investment Companies (GLIC) di Malaysia.

Ditubuhkan pada 19 Januari 1995, PROLINTAS kini mengendalikan sekitar 6 buah konsesi lebuh raya di negara ini yang antaranya seperti Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan Kajang Dispersal Link Expressway (SILK).

Selaras dengan peranan dan tugasnya itu, kini PROLINTAS telah membuka kekosongan jawatan sebagai POLIS BANTUAN untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki sekurangnya sijil SPM/STPM/Diploma atau setaraf.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
  • Bersedia bertugas secara 3 syif waktu dan sanggup bekerja lebih masa.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu E atau GDL yang sah.
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temu duga.
  • Diwajibkan untuk menghadiri latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 63 hari.
  • Seorang yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan untuk memohon.
  • Memiliki personaliti yang baik dan boleh berkomunikasi dengan baik, amanah, bertanggungjawab, tegas, berintegriti serta berdisiplin.

 

Kelayakan fizikal:

  • Lelaki: Tinggi sekurang-kurangnya 162cm dan berat 50kg.
  • Wanita: Tinggi sekurang-kurangnya 152cm dan berat 48kg.
  • Tiada masalah penglihatan (rabun jauh/dekat/warna) dan masalah kesihatan (mental/fizikal) serta kecacatan anggota.

 

Bidang tugas jawatan:

  • Memantau dan mengawasi sebarang kejadian di Lebuhraya.
  • Mengurus talian telefon.
  • Mengurus, mengumpul dan menyalurkan informasi.
  • Mengawasi sepanjang Lebuhraya menggunakan sistem pengawasan dan pengurusan lalu lintas, untuk mengenalpasti kejadian kemalangan, kenderaan bermasalah, kenderaan dilarang masuk dan percubaan mencuri atau merosakkan harta Lebuhraya.
  • Melayan panggilan telefon kecemasan Lebuhraya serta talian kilat.
  • Menjadi penghubung yang menyampaikan maklumat antara pengguna Lebuhraya, peronda, pegawai atau pihak pengurusan berkaitan situasi Lebuhraya.
  • Memantau sistem pengawasan dan pengurusan lalulintas termasuk mengawasi kebolehkhidmatannya.
  • Mengutip dan merekodkan data berkaitan tugasan yang dijalankan.
  • Membantu membuat kawalan lalulintas dalam keadaan yang memerlukan.

 

Cara memohon dan etika pemakaian:

Bagi calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan serta permohonan boleh didapati dan dibuat di PAUTAN INI. Selain itu, calon juga dikehendaki mengikuti etika pemakaian semasa temu duga iaitu dengan:

  • Berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih, tali leher, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.
  • Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan (panjang & berwarna gelap) dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.

 

Maklumat tambahan:

  • Calon-calon hendaklah berada dalam keadaan sihat semasa menjalani ujian kecergasan.
  • Pihak PROLINTAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan selepas menjalani ujian kecergasan.
  • Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 9.00 pagi sahaja dibenarkan menghadiri sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
  • Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri sesi temu duga pada hari yang sama jika melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PDRM.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mei 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…