Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) buka 70 kekosongan jawatan: Minima SPM layak memohon

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjadi peneraju dalam usaha pembanterasan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Selain itu, AADK juga berperanan dalam usaha – Pendidikan Pencegahan; Penguatkuasaan dan Keselamatan; Rawatan, Perubatan dan Pemulihan serta Hubungan Antarabangsa.

Selaras dengan peranannya itu, kini AADK telah membuka kekosongan jawatan untuk diiisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat jawataan:

  • Jawatan: Pembantu Anti-Dadah Gred S19
  • Kekosongan: 20
  • Simpanan: 50

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)

 

Bidang tugas:

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat jawatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 MEI 2021, Ahad (11.59 malam).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Dalam perjalanan hidup manusia, usia emas merupakan satu fasa yang tidak dapat dielakkan. Warga emas ialah golongan yang telah melalui…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…