Seperti mana yang semua sedia maklum, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Antara inisiatif berkenaan termasuklah dengan meningkatkan nilai bantuan E-wallet Belia dari RM100, kepada RM150 melalui Program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai di kalangan para belia.
Bantuan ini adalah layak bagi mereka:
- Golongan berusia 18 hingga 20 tahun
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
Menurut kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – program ini akan dilaksanakan mulai pada bulan Jun 2021 dan dikreditkan ke akaun e-wallet masing-masing.
Caranya adalah, mereka yang layak hanya perlu menebus kredit berkenaan menerusi aplikasi e-wallet terpilih, seperti mana program eTunai Rakyat dan ePenjana yang dilaksanakan sebelum ini.
Para penerima yang layak juga perlu memuat turun aplikasi e-wallet seperti TNG e-wallet, Grab atau Boost bagi mendapatkan bantuan ini.
Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.
Di samping itu, kerajaan juga ada memperkenalkan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan untuk 2021 bagi program ini sebanyak RM21 juta.
Program ini dijangka akan melibatkan 1,800 peserta dengan manfaat latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus disertai.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021