Bantuan Khas RM500 kepada peniaga Bazar Ramadhan 2021: Syarat-syarat & cara memohon

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ramai di kalangan peniaga Bazar Ramadhan 2021 terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peningkatan kes di kala musim pandemik yang masih belum berakhir.

Antara negeri yang terjejas akibat pelaksanaan itu termasuklah di Selangor, apabila pihak kerajaan negeri membuat keputusan tidak membenarkan Bazar Ramadhan beroperasi bermula pada 8 Mei 2021 atau bersamaan 26 Ramadhan 1442H.

Prihatin dengan masalah dan kerugian yang dihadapi oleh para peniaga – Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga Bazar Ramadhan tahun 2021 di enam buah daerah Negeri Selangor yang dilaksanakan PKP. Ia termasuklah di

  1. Hulu Langat
  2. Petaling
  3. Gombak
  4. Klang
  5. Kuala Langat
  6. Sepang

 

Syarat – syarat kelayakan memohon:

  • Peniaga Bazar Ramadhan yang berlesen/berdaftar sama ada di bawah Majlis atau di bawah Penganjur (berdaftar dengan Majlis) – rujuk soalan-soalan lazim.
  • Sembilan (9) kawasan Majlis/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi bantuan ini adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kuala Langat.
  • Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih dari satu (1) petak bazar atau lesen/permit dari Majlis yang sama atau berbeza.

 

Cara memohon

Bagi yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman https://secure.selangorprihatin.com/ dengan membuat semakan No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Sistem akan menolak secara automatik mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap. Seterusnya…

  • Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang masih aktif bagi tujuan penyaluran bantuan.
  • Maklumat pemohon (pemilik lesen/permit) dan maklumat akaun bank hendaklah individu sama bagi memastikan bantuan disalurkan terus, serta mengelakkan masalah teknikal.
  • Sekiranya pemohon mempunyai masalah akaun bank seperti muflis, tidak aktif dan sebagainya, penyaluran bantuan akan dikendalikan secara berasingan (rujuk soalan-soalan lazim).

 

Pemohon kemudiannya hendaklah memastikan segala maklumat yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penyaluran bantuan berkenaan akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Jika terdapat sebarang kemusykilan dan bertanyaan – pemohon boleh menghubungi talian SELCARE Hotline: 1-800-22-6600 atau melalui e-mel: [email protected].

Tempoh permohonan dibuka bermula pada 21 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021.

Maklumat bantuan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI (PDF).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…