MAIPk buka pelbagai kekosongan jawatan: Senarai jawatan & cara memohon

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri Perak dan berperanan dalam menasihati DYMM Sultan Perak. Antara objektif utamanya adalah bagi memartabatkan institusi zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan.

Ia juga mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi dan memelihara kemaslahatan ummah. MAIPk tetap fokus untuk mencapai visinya menjadi sebuah institusi Islam yang syumul dalam memacu kemajuan dan kesejahteraan ummah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Selaras dengan peranannya itu, MAIPk kini mempelawa pemohon-pemohon daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang dibuka.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Juruukur JA29 – Kontrak
  2. Pegawai Tadbir N41 – Kontrak
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 – Contract For Service

 

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan untuk Jawatan Dalam Perkhidmatan MAIPk (MAIPk-BKP-P01/B01) DI SINI atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan lesen memandu, salinan sijil berhenti sekolah, salinan ijazah / diploma dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sebaliknya, bagi pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh akhir penghantaran permohonan adalah pada 07 JUN 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…