Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) buka kekosongan jawatan: Berminat, mohon sekarang

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ia bertanggungjawab dalam hal berkaitan pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu.

Misi utama MyIPO adalah bagi membangun, mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek (HI).

Selaras dengan usahanya itu, kini MyIPO mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat MyIPO Kuala Lumpur.

Maklumat jawatan:

  • Jawatan: Penolong Pegawai Harta Intelek (Penolong Jurutera Elektrik)
  • Klasifikasi: Perkhidmatan Harta Intelek
  • Gred: IP10
  • Gaji: RM1,963.00 – RM6,123.00

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrikal daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam kerja penyelenggaraan bangunan.
  • Memperolehi Sijil Perakuan Kekompetenan Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga adalah suatu kelebihan.

 

Bidang tugas jawatan:

  • Bertugas di Bahagian Teknikal dan Pengurusan Fasiliti.
  • Menolong jurutera dalam melaksanakan urusan pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan.
  • Menolong jurutera menyediakan dokumen-dokumen teknikal, lukisan rekabentuk, spesifikasi dan senarai kuantiti bagi tujuan perolehan kerja pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan.
  • Menolong jurutera dalam memantau, mengawas dan menyelia kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan.
  • Menolong jurutera dalam memantau, mengawas dan menyelia penjaga jentera (chargeman) yang dilantik oleh kontraktor pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan.
  • Menolong jurutera mengesahkan kerja pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi tujuan bayaran kontrak (verifier).
  • Lain-lain tugas berkaitan dengan teknikal dan kejuruteraan yang diarahkan oleh jurutera / juruukur bahan dari semasa ke semasa.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO (klik sini) dan kepilkan bersama salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan salinan sijil hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditulis nama jawatan dimohon di sebelah kiri atas sampul surat. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya pemohon yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan tersebut hendaklah selewat-lewatnya dihantar pada 09 JUN 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…