Separuh pekerjaan di Malaysia dijangka ‘pupus’: Ini antara pekerjaan yang terlibat

Bank Dunia menjangkakan separuh pekerjaan di Malaysia akan pupus susulan dengan peralihan automasi dalam jangka masa panjang.

Memetik laporan Berita Harian, Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen berkata, berubahan dalam sektor pekerjaan sememangnya tidak dapat dielakkan dari berlaku akibat kedatangan teknologi digital dan automasi yang kini menjadi elemen penting dalam sektor pekerjaan.

Perkara itu sekaligus bakal memberi kesan terhadap pewujudan pekerjaan, kerana ketika ini telah terbukti adanya teknologi yang mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia.

Tambahnya lagi, antara pekerjaan yang berisiko tinggi beralih ke automasi sepenuhnya adalah seperti akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Bagaimanapun, hal itu tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat atas beberapa faktor seperti kos yang tinggi bagi melakukan perubahan tersebut. Malah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak lagi mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera.

“Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak. Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.

“Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit, – katanya, petikan dari Berita Harian.

Mengulas semasa sesi webinar Bank Dunia bertajuk ‘Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan’, Schmillen berkata kekebanyakan majikan pasa masa kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital, selain beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Oleh itu, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

“Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

“Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.” ujarnya.

Sumber: Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…