255 kekosongan jawatan dibuka di Mahkamah Persekutuan Malaysia: Syarat-syarat & cara memohon

Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan terakhir di Malaysia. Antara bidang kuasanya adalah menentukan kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu negeri. Ia juga mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Selaras dengan peranannya itu, kini Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat jawatan:

  • Jawatan: Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kekosongan: 210
  • Simpanan: 45

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,355.00) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,411.40) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,467.80)

 

Bidang tugas jawatan:

  • Bertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan.
  • Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam.
  • Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil.
  • Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS).
  • Menyediakan laporan bulanan statistik kes.

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 JUN 2021, Ahad (11.59 malam).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…