Universiti Teknologi MARA (UiTM) buka pelbagai jawatan kosong: PMR hingga Ijazah layak memohon

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah Universiti Awam di Malaysia dan ini berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi terbesar di negara ini. Visi utama UiTM adalah bagi menjadi sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Ia juga berpegang dengan misinya untuk menjuarai pembangunan Bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak. 

Selaras dengan peranannya itu, kini UiTM memempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan Kontrak di:

  • Hospital UiTM (HUiTM), Kampus Puncak Alam
  • Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM), Kampus Sungai Buloh/Selayang

 

Maklumat jawatan

Sebanyak 18 jawatan ditawarkan, antaranya:

  1. Pegawai Farmasi – Gred UF41
  2. Pegawai Dietetik – Gred U41
  3. Jurutera Bidang: Bioperubatan – Gred J41
  4. Penolong Pendaftar – Gred N41
  5. Pustakawan – Gred S41
  6. Juruteknologi Makmal Perubatan – Gred U29
  7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – Gred U29
  8. Juru X-Ray – Gred U29
  9. Penolong Jurutera – Gred  JA29 dalam bidang:
    • Awam
    • Mekanikal
    • Elektrik
  10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Gred FA29
  11. Pegawai Eksekutif Bidang: Rekod Perubatan – Gred N29
  12. Setiausaha Pejabat – Gred N29
  13. Kerani – Gred N19
  14. Pembantu Setiausaha Pejabat – Gred N19
  15. Pembantu Operasi – Gred N11
  16. Pemandu – Gred H11
  17. Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan – Gred S29
  18. Penolong Akauntan – Gred W29

 

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan kekosongan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di PAUTAN INI.

Dimaklumkan juga, seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, calon boleh menghubungi talian: (03) 3396 3362/3357/3359/3358/3336 atau e-mel: [email protected].

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 14 JUN 2021 (ISNIN).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…