Cedera parah kerana pelanggaran tren: Keluarga mangsa tuntut RM1.8 juta dari Prasarana

Keluarga kepada salah seorang mangsa pelanggaran tren LRT menuntut pampasan dan ganti rugi kecuaian berjumlah RM1.8 juta daripada Prasarana Malaysia Berhad.

Keluarga kepada Wong Chee Foong, 52, yang mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang belakang membuat tuntutan itu sebagai merangkumi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan umum akibat kecuaian yang disebabkan kejadian berkenaan.

Lebih menyedihkan, bapa kepada empat orang anak itu sehingga kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan belum sedarkan diri.

Isteri mangsa, , Joyce Wong berkata – pihaknya berasa kesal dengan tindak tanduk Prasarana yang tidak menawarkan permohonan maaf atau sokongan moral kepada anggota keluarga penumpang yang cedera.

“Saya kecewa dengan cara Prasarana menangani perkara ini. Sudah enam hari sejak tragedi itu, kami belum menerima surat rasmi, permintaan maaf rasmi dan sokongan moral daripada Prasarana.

“Bayaran (bantuan khas) sebanyak RM1,000 yang ditawarkan oleh Prasarana kepada kami tidak akan cukup atas kerosakan yang telah terjadi. Takkan pernah cukup,” – katanya, petikan dari Malaysiakini.

Wong menambah, suaminya telah menjalani pembedahan selama lapan jam untuk memperbaiki tulang belakang dan tulang mukanya yang retak, selain skru, piring dan batang yang dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Disebabkan pembedahan dan keadaan suaminya yang masih berada di ICU, Wong berkata beliau tidak pasti sekiranya suaminya itu masih boleh menjalankan tugasnya sebelum ini sebagai tukang masak dan sama ada kecederaan itu akan mempengaruhi penglihatan suaminya.

Peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Jazzmine Khoo berkata anak guamnya memberikan masa kepada Prasarana sehingga Isnin depan untuk membalas notis tuntutan undang-undang yang dihantar.

“Kami berharap dapat mendapat balasan segera supaya kami dapat membincangkan lebih lanjut mengenai jumlah (pampasan RM1.8 juta) yang diminta oleh anak guam saya,” – katanya.

Sebelum ini, kejadian nahas membabitkan LRT Laluan Kelana Jaya berkenaan mencederakan 213 mangsa, dengan seramai 47 penumpang mengalami cedera parah.

Sumber: Malaysiakini.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…