Bantuan khas ‘one-off’ RM500 untuk B40 mulai Jun ini: Kaedah pembayaran & syarat kelayakan

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion bagi rangsangan ekonomi dan membantu rakyat menghadapi PKP 3.0.

Pelbagai inisiatif dan penambahan bantuan telah disediakan melalui program itu sesuai dengan keperluan masyarakat dalam menghadapi sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang bermula pada 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa lagi bantuan yang pernah diumumkan oleh kerajaan sejak sebelum PEMERKASA+ lagi, iaitu antaranya seperti memperkenalkan bantuan khas RM500 secara one-off.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Golongan B40 yang kehilangan punca pendapatan.
  • Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

 

Berdasarkan kenyataan kerajaan, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang proses permohonan dan pendaftaran, sebaliknya pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Manakala bagi penerima BPR, kelulusan bantuan akan ditentukan melalui sistem berkenaan, tanpa pemohon perlu mendaftar semula.

Apa yang pasti, pembayaran bantuan one-off ini akan mula dibayar kepada penerima yang layak bermula pada Jun 2021 iaitu akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima.

Berdasarkan maklumat, golongan B40 merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah iaitu di bawah RM4,849.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…