Bantuan Moratorium Automatik PEMERKASA Plus: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Baru-baru ini Kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi merangsang ekonomi dan membantu rakyat menghadapi PKP 3.0.

Program ini dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkat kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda Prihatin Rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Selaras dengan matlamat itu, kerajaan telah memperkenalkan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium kepada mereka yang layak. Syarat kelayakan bantuan adalah:

  • Mereka yang kehilangan pekerjaan sama ada daripada kumpulan B40, M40 dan T20.
  • Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan sekatan pergerakan penuh.

 

Kepada yang menepati syarat-syarat ini, mereka boleh memohon dua jenis bantuan iaitu:

  • Kelulusan moratorium automatik selama 3 bulan, ATAU
  • Pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

 

Cara memohon:

Bagi yang menepati syarat, pemohon boleh menghubungi bank masing-masing dan memohon pakej bantuan bayaran balik pinjaman yang ditawarkan. Bank kemudiannya akan memproses permohonan berkenaan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.

Manakala, bagi peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey

Selain itu, bagi yang memerlukan panduan untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman atau mahu mendapatkan pilihan alternatif bagi keadaan kewangan diri, anda boleh layari: https://services.akpk.org.my/ untuk maklumat lanjut.

Tarikh bermulanya bantuan ini adalah pada JUN 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…