Pelbagai jawatan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): Gaji RM1,205 – RM4,005, Kelayakan minima PMR/PT3

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara.

Objektif penubuhan Pertububan Peladang adalah bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli, serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.

Selaras dengan peranannya itu, kini LPP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dibuka.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Ehwal Ekonomi – Gred E19 (Tetap)
  2. Pembantu Setiausaha Pejabat – Gred N19 (Tetap)
  3. Pembantu Awam – Gred H11 (Tetap)
  4. Pengawal Keselamatan – Gred KP11 (Tetap)

 

Syarat kelayakan jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Untuk iklan secara terperinci, ia boleh dilihat DI SINI. Manakala untuk memohon, ia boleh dibuat di laman MyFutureJobs. Bagaimanapun dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat diri sebelum permohonan boleh dibuat.

Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 JUN 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…