Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebuah Badan Berkanun kerajaan kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon digalakkan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di LLM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan:
Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan LLM:
- JURUUKUR BAHAN (GRED J41)
- JURUTERA AWAM (GRED J41)
- PEGAWAI TADBIR (GRED N41)
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41)
- JURUAUDIT (GRED W41)
- PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29)
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
- PENOLONG JURUTERA (AWAM) (GRED JA29)
- PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) (GRED JA29)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)
- PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
- PEMBANTU OPERASI (GRED N11)
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan jawatan, calon mestilah menepati syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, sesuai dengan ketetapan khusus jawatan.
Cara memohon
Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di PAUTAN INI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman E-Jawatan LLM dengan klik pada jawatan yang hendak dimohon dan mengisi maklumat yang diminta.
Pemohon juga perlu menjawab soalan esei bagi penjawatan Pengurusan & Professional. Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan nombor Kad Pengenalan di belakangnya.
- Kad Pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
- Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah.
- Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
Permohonan jawatan dibuka mulai 08 Jun 2021 (Selasa) sehingga 21 Jun 2021 (Isnin).