KWSP untung RM19.3 bilion: Najib cadang perkenal i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 pada kadar separuh

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memgumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul berjumlah RM982 bilion, iaitu jatuh sedikit berbanding RM998 billion pada akhir tahun 2020.

Antara faktor penurunan sebanyak RM16 bilion atau 1.6% dari RM998 bilion itu adalah kerana hasil pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengulas pengumuman itu berkata – jumlah aset terbaru tabung kewangan berkenaan sebenarnya masih lebih tinggi  berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum kehadiran pandemik.

Oleh itu, memandangkan pengeluaran caruman untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 hanya membawa penurunan sebanyak 1.6 peratus daripada jumlah aset badan berkenaan itu, Najib mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding sebelum ini untuk tempoh tiga bulan.

Bagi bekas Menteri Kewangan itu, biarlah rakyat menguruskan sebahagian daripada duit mereka itu semasa tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang keadaannya lebih parah berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan 3.0.

“Jika dulu, impak i-Sinar/i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion, maka impak i-Sinar/i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion – atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP terkini.” – petikan hantaran di Facebook-nya.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya melaksanakan sekatan pergerakan penuh sejak awal lagi iaitu semasa rakyat mula mendapat wang i-Sinar 1.0, bagi mengelakkan situasi yang jadi ketika ini.

Namun, nampaknya hal itu tidak berlaku akibat kegagalan kerajaan yang melaksanakan PKP demi PKP yang dilihatnya sebagai ‘separuh masak’ sehingga masa pengeluaran i-Sinar 1.0 hampir tamat.

“PKP separuh masak ini bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal. Sebab itu, (saya) harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.” – petikan hantaran di Facebook-nya.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang khabar angin pengeluaran i-Sinar 2.0 yang didakwa akan bermula pada 15 Jun ini. Akan tetapi, pihak KWSP segera menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia palsu sama sekali.

Dalam masa sama, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih lagi dibuka kepada ahli sehingga 30 Jun 2021 ini dan ia terbuka kepada mereka yang masih belum membuat sebarang permohonan.

Sumber: Najib Razak (FB) & KWSP (FB).

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…