Berita gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar serta novel terbesar di Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon digalakkan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di Kumpulan Media Karangkraf adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan:
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan Karangkraf:
- Motion Video Graphic
- Eksekutif Insfrastruktur
- Exec Videogpraher Editor
- Wartawan (Pendidikan)
- Pereka Grafik
- Video Editor
- Digital Marketing Executive
- Jurufoto
- Video Produser
- Advertising Executive
Penempatan:
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, No. 1, Jalan Renggam 15/5, Off, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akademik dari Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan kelayakan setiap jawatan yang ditawarkan.
- Berpengalaman sekurangnya satu ke dua tahun dalam bidang berkaitan mengikut ketetapan kelayakan setiap jawatan yang ditawarkan.
- Berpersonaliti kemas, kreatif, boleh bekerja lebih masa, dalam tekanan dan bekerja dalam penyeliaan yang minima.
Cara memohon
Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di Kerjaya@Karangkraf. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman sama, dengan klik pada jawatan yang hendak dimohon.
Bagaimanapun, permohon perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukan sebarang permohonan. Pemohon juga diwajibkan mengisi maklumat yang tepat dan benar bagi memudahkan proses permohonan.
Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.