Bantuan RM2,700 untuk jana pendapatan: Syarat-syarat & cara memohon Geran Pelancaran JKM

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu tidak dapat dinafikan telah memberi kesan yang cukup besar terhadap kehidupan masyarakat, khususnya kepada mereka yang kurang bernasib baik dan kehilangan pendapatan.

Dalam masa sama, kita juga dapat melihat ramai yang beralih arah dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.

Bagi membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan skim bantuan Geran Pelancaran bagi membantu kumpulan sasar yang berminat untuk menjana pendapatan.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan maksimum sebanyak RM2,700 sekaligus (one-off).

Tujuan utama Geran Pelacaran

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat – syarat kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Kumpulan sasar JKM.
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Syarat khusus

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.

Cara memohon

Bagi maklumat rasmi Geran Pelancaran, boleh KLIK SINI. Manakala, permohonannya pula boleh dibuat dengan pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Borang permohonan bantuan juga boleh dimuat turun DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…