Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 kini dibuka: Gaji permulaan RM1,564 ~ RM2,026

Berita baik kepada yang meminati bidang ketenteraan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini sedang membuka Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22. Melalui pengambilan ini, mereka yang layak akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan.

Anggota yang berjaya menamatkan latihan asas itu akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di dalam perjawatan TUDM mengikut kepakaran dan cawangan yang telah ditetapkan.

Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Syarat-syarat asas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan:
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran:
    • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan:
    • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat-syarat fizikal

  • Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki – 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita – 1.57 m
  • Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki – 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita – 40.5 kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita di antara 18 hingga 25

Kelayakan akademik

  • SPM:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM:
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN:
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online). Berikut adalah tatacara permohonan:

  • Pergi ke laman: Kerjaya dan Pengambilan TUDM.
  • Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  • Log masuk ke bahagian pemohon.
  • Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  • Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian: 013-6893814.

Permohonan dibuka mulai 18 JUN 2021 SEHINGGA 31 OGOS 2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…