Diskaun saman 50% sehingga 18 Julai 2021: Syarat-syarat & cara menggunakan aplikasi MyBayar Saman

Bermula dari 18 Jun sehingga 18 Julai 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun, termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Bagaimanapun, tawaran diskaun ini tidak termasuk untuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos.

Berikut adalah senarai kesalahan yang tidak ditawarkan diskaun:

  1. Tidak patuhi lampu isyarat merah – Sekatan 2021
  2. Lorong kecemasan – Sekatan 2021
  3. Potong secara merbahaya – Sekatan 2021
  4. Potong di garisan berkembar – Sekatan 2021
  5. Kemalangan – Sekatan 2021
  6. Dalam perbicaraan
  7. Tidak boleh kompaun
  8. Kesalahan berkaitan lori
  9. Pengubahsuaian eksos

 

Bagi mereka yang mahu menerima diskaun 50 peratus berkenaan, ia boleh dibuat melalui portal rasmi PDRM atau aplikasi MyBayar Saman.

Cara menggunakan MyBayar Saman

Aplikasi MyBayar Saman boleh dimuat turun melalui saluran berikut:

 

Selepas memuat turun aplikasi ini, pengguna boleh memilih penggunaan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di bahagian atas kanan paparan aplikasi.

Cara mendaftar:

  1. Klik ‘Daftar Pengguna Baru’
  2. Isi maklumat sama ada untuk individu atau syarikat
  3. Klik ‘Mohon Pengesahan OTP’
  4. No OTP akan dihantar ke no tel yang telah didaftarkan
  5. Masukkan No OTP di ruang yang disediakan
  6. Isi maklumat alamat tempat tinggal/surat menyurat
  7. Tetapkan kata laluan
  8. Pendaftaran selesai

 

Semak & membayar saman

  1. Log masuk di aplikasi
  2. Paparan utama aplikasi akan menunjukkan jumlah saman yang belum dijelaskan dan jumlah kompaun yang belum dijelaskan
  3. Jika terdapat saman yang belum dijelaskan, klik pada menu ‘Semakan/Bayaran Saman’
  4. Klik pada saman yang hendak dibayar
  5. Ikuti tatacara langkah-langkah yang ditetapkan selepas itu

 

Menurut kenyataan PDRM, tawaran diskaun ini diperkenalkan sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai ketika situasi wabak COVID-19.

Dalam masa sama, sepanjang tempoh kempen ini – semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Untuk maklumat lanjut kempen diskaun saman, boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…