Temuduga tertutup di Public Mutual: Permohonan tutup pada 27 Jun 2021, gaji RM3,500 – RM3,999

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, PUBLIC MUTUAL kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Ia akan dilaksanakan secara TEMUDUGA TERTUTUP anjuran PERKESO Negeri Kelantan bersama PUBLIC MUTUAL.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  • Eksekutif Pembangunan Perniagaan
    • Gaji: RM3,500 – RM3,999
    • Lokasi: Kota Bharu, Kelantan

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Memiliki sekurangnya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam sebarang bidang.
  • Memiliki sekurangnya setahun (1 tahun) pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  • Seorang yang mempunyai kemahiran pembentangan yang baik dan fasih dalam berbahasa.
  • Seorang pemain pasukan dan memiliki kemahiran interpersonal yang baik.
  • Boleh bekerja secara bebas dan mencapai sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan

Maklumat temuduga

Temuduga tertutup akan diadakan secara atas talian (online). Calon yang melepasi tapisan, akan dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang perkara ini.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat rasmi iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian DI SINI.

Pemohon sangat disarankan untuk memastikan segala maklumat yang diisi dan resume yang dihantar adalah lengkap serta tepat bagi tindakan selanjutnya dari pihak PERKESO.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 JUN 2021. Calon yang berjaya kemudiannya akan dimaklumkan untuk temuduga pada 29 JUN 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…