Bantuan Tambahan untuk setiap fasa Pelan Pemulihan Negara? Ini penjelasan Tengku Zafrul

Dengan keadaan pandemik yang masih belum menunjukkan sebarang trend penurunan, ramai pihak yang semakin bimbang tentang kelangsungan hidup mereka khususnya yang terkesan teruk dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Kerajaan juga sebelum ini ada mengumumkan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan dilaksanakan sebanyak empat fasa sehingga akhir tahun ini.

Namun, seperti yang dikatakan di awal tadi – sepanjang perjalanan ke arah pelan pemulihan itu, sudah pasti begitu ramai pihak yang akan terjejas akibat kekurangan atau kehilangan pendapatan.

Ia termasuklah menghadapi masalah seperti perbelanjaan keluarga/anak-anak, membayar hutang, menampung kos sara hidup, masalah perniagaan dan sebagainya.

Bantuan tambahan setiap fasa

Rentetan dengan kebimbangan tersebut, Kementerian Kewangan ketika ini dilaporkan sedang memperincikan bantuan-bantuan tambahan mengikut keperluan setiap fasa dalam PPN dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kajiannya juga dikatakan telah berada dalam peringkat akhir dengan penelitian terhadap semua langkah sedia ada, selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat dalam PPN.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan sebaik sahaja perincian dan prosedur operasi standard (SOP) itu dimuktamadkan.

Tambahnya lagi, kerajaan telah memperuntukkan bantuan tunai sebanyak RM8.1 bilion sehingga akhir tahun ini, yang merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM4.5 billion dan bantuan bulanan kebajikan masyarakat bernilai RM1.25 billion.

”Dari segi ekonomi kerajaan telah umum pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)  untuk melengkapi pakej bantuan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan juga Belanjawan 2021,” katanya, petikan dari MalaysiaGazette.

Beliau juga berkata bahawa PEMERKASA+ adalah bantuan tambahan bagi Fasa 1 PKP yang dilaksanakan sekarang.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…