Pihak Berkuasa Peranti Perubatan buka kekosongan terkini ~ Minima SPM, gaji sehingga RM4,005

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di MDA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W19

  • Kementerian/Jabatan : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
  • Taraf Jawatan : Contract Of Service (COS)
  • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  • Kenaikan tahunan: RM100

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kewangan seperti menyediakan invois, merekod dan mengemaskini daftar terimaan hasil dan cek tak laku, mengemaskini fail invois, menyediakan resit terimaan dan lain-lain berkaitan kewangan.

Cara memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, iklan rasmi jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat dengan menyediakan resume (beserta gambar berukuran pasport) dan salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Tamat Persekolahan
  • Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Salinan Diploma/Ijazah berserta transkrip (sekiranya ada)
  • Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA/ MQA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)
  • Lain-lain dokumen sokongan

 

Resume dan salinan dokumen kemudiannya hendaklah dihantar ke secara e-mel kepada: [email protected] dan dinyatakan tajuk/subjek e-mel ”PERMOHONAN JAWATAN (nama jawatan dan gred)”.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JUN 2021, Rabu, jam 3 petang. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…