Ambil wang BPR menggunakan wakil? Syarat-syarat & cara kemaskini wakil penunaian BPR 2021

Dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan akibat hambatan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui program ini, isi rumah dan bujang akan menerima bayaran tunai tertentu mengikut kelayakan dan ketetapan masing-masing.

Kaedah pembayaran BPR pula melalui dua cara iaitu melalui pengkreditan ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter BSN.

Bagi kaedah penuaian di kaunter BSN, ia boleh dibuat oleh penerima sendiri atau melalui wakil. Berikut adalah wakil yang layak didaftarkan semasa Permohonan BPR 2021:

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Cucu

 

Dokumen-dokumen perlu dibawa semasa penunaian BPR

Wakil yang didaftarkan perlu membawa:

  • Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) pemohon
  • Kad Pengenalan/Pasport asal wakil
  • Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal atau salinan) seperti berikut –

 

Cara kemas kini wakil

Bagi mengemaskini maklumat wakil, ia boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi BPR (KLIK SINI). Tataracara kemaskini adalah seperti berikut:

  • Klik Log Masuk di Portal Rasmi BPR
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik Menu Kemas Kini Maklumat Asas Pemohon
  • Kemas kini maklumat wakil

 

Bagi maklumat secara lebih terperinci, boleh KLIK SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…