Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di UKM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalan:
- PEGAWAI PERUBATAN – UD51
- Gaji: RM 5,860 – RM 12,449
- PEGAWAI PERUBATAN – UD53
- Gaji: RM 6,182 – RM 13,256
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
- Gaji: RM 2,315 – RM 9,618
- JURURAWAT- U29
- Gaji: RM 1,797 – RM 5,753
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – U29
- Gaji: RM 1,797 – RM 5,753
- PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
- Gaji: RM 1,205 – RM 2,939
- PENOLONG JURUTERA – JA29
- Gaji: RM 1,549 – RM 5,701
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan, calon hendaklah
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akdemik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Maklumat syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan secara terperinci, KLIK SINI.
Penempatan
Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Cara memohon
Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) – KLIK SINI.
Pengguna sistem ini digalakkan menggunakan alamat e-mel gmail sahaja, bagi memudahkan proses permohonan. Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan boleh dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 JULAI 2021.