PERKESO buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Minima SPM, Gaji RM1,220 – RM2,000

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, PERKESO melalui Pusat Rehabilitasi PERKESO kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Penyelia Sajian Vokasional
    • Gaji: RM1,220 – RM1,500
  2. Pembantu Dapur
    • Gaji: RM1,220. – RM1,400
  3. Pelatih Masakan Vokasional
    • Gaji: RM1,300 – RM2,000

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon hendaklah:

  • Memiliki  SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau yang setaraf.
  • Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.
  • Berpengalaman sekurangnya 2 tahun bekerja dalam bidang berkaitan untuk jawatan yang ditawarkan.

Penempatan

Pusat Rehabilitasi PERKESO, Lot PT7263, Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal 75450, Melaka

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di laman MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik pada ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 JULAI 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…