LPHP buka kekosongan jawatan terkini ~ Minima PMR/SPM, Gaji RM1,216 – RM4,003

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di LPHP adalah terbuka kepada warganegara Malaysia (anak kelahiran negeri Perak) yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pembantu Tadbir (P/O) – Gred N19

  • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Taraf: Kontrak
  • Kekosongan: 4

 

Pembantu Operasi – Gred N11

  • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  • Taraf: Kontrak
  • Kekosongan: 1

Syarat-syarat kelayakan

Pembantu Tadbir (P/O) – Gred N19

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oteh Kerajaan; (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji perrnutaan RM1,464.80)
  • Keutamaan akan diberikan kepada anak Perak. Sekiranya pemohon dilahirkan di luar Negeri Perak sila sertakan salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Pembantu Operasi – Gred N11

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang.kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,216.00); atau
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/0/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)j. (Gaji permulaan pada Gred N11 RM1,262.15)
  • Keutamaan akan diberikan kepada anak Perak dan yang memiliki pengalaman pekerjaan yang berkaitan. Jika sekiranya pemohon ditahirkan di luar Negeri Perak sila sertakan salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI).

Borang permohonan yang lengkap, kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Resume
  • Sijil PMR/SPM (mana-mana yang berkaitan)
  • Sijil-sjil yang berkaitan dengan jawatan
  • Sekeping gambar berukuran pasport

 

Ia kemudiannya perlu dihantar dengan masukkannya ke sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri sampul ditulis NAMA JAWATAN yang dimohon ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutlf, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Rldzuan.

Tarikh tutup permohonan pada 05 JULAI 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…