Bantuan RM10,000 untuk beli motosikal ~ Syarat-syarat & cara memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0

Akibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, ia telah memberi kesan besar kepada masyarakat, sehingga ada yang terjejas pendapat atau kehilangan sumber pendapatan sama sekali.

Dalam usaha meringankan beban yang ditanggung, ada di antara mereka yang menceburi bidang baru seperti terlibat dalam industri penghantaran makanan, barangan dan sebagainya.

Sedar dengan keadaan ini, TEKUN Nasional telah memperkenalkan skim pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang juga merupakan kesinambungan program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sejak April 2020.

Skim ini secara asasnya adalah sebuah pembiayaan modal sehingga RM10,000 kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal bagi tujuan untuk:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Syarat-syarat kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka hendaklah:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India).
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Maklumat skim

  • Tempoh pembiayaan: 1 tahun sehingga 3 tahun
  • Kadar keuntungan: 4 peratus setahun
  • Tempoh proses pembiayaan: 7 hari bekerja

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Alamat dan no tel cawangan-cawangan TEKUN boleh didapati DI SINI.

Untuk maklumat terperinci tentang TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh KLIK SINI – PDF atau layari portal rasmi TEKUN Nasional DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan skim ini, dan pemohon sangat disarankan untuk hanya berurusan dengan pihak TEKUN Nasional sahaja.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…