PEMULIH: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) RM100 ~ RM500 untuk golongan miskin tegar, B40 & M40

Selaras dengan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai Langsung melalui Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kepada rakyat berjumlah RM10 bilion.

Bantuan ini juga akan diberikan kepada golongan miskin tegar, B40 dan M40 mengikut kelayakan berikut:

  • Isi rumah miskin tegar:
    • RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember.
  • Bujang miskin tegar:
    • RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
  • Isi rumah B40:
    • RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember.
  • Bujang B40:
    • RM200 pada Ogos.
  • Isi rumah M40:
    • RM250 pada Ogos
  • Bujang M40:
    • RM100 pada Ogos.

 

Dalam masa sama, kerajaan akan membayar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa-3 dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 yang akan dibayar pada September nanti. Bulan sama juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR.

Selain itu, kerajaan turut akan memberikan Bantuan Kehilangan Pendapatan pada Oktober nanti, sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…