Pengeluaran KWSP sehingga RM5,000 ~ Tarikh permohonan & cara memohon i-Citra

Selaras dengan berjalannya Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Kerajaan bersetuju memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – i-Citra untuk 12.6 juta ahlinya.

Melalui i-Citra, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

I-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat bagi menampung keperluan harian mereka.

Permohonan i-Citra boleh dibuat di portal: icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Dalam masa sama, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiadin Yassin berkata i-Citra merupakan keputusan sukar kerana kerajaan sedar ia adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian ini mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

PEMULIH menelan belanja bernilai RM150 bilion dan ia diperkenalkan bagi memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan pandemik yang masih belum reda.

Pakej yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…