Dari bantuan kewangan sehingga diskaun elektrik ~ Berikut 5 tumpuan utama PEMULIH

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Berikut adalah 5 tumpuan utama yang diumumkan dalam PEMULIH:

1. Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Melalui BKC, kerajaan akan memberikan bantuan kewangan dari RM100 hingga RM500 kepada golongan miskin tegar, B40 dan M40.

  • Isi rumah miskin tegar:
    • RM500 pada Ogos, RM500 pada November dan RM300 pada Disember.
  • Bujang miskin tegar:
    • RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
  • Isi rumah B40:
    • RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember.
  • Bujang B40:
    • RM200 pada Ogos.
  • Isi rumah M40:
    • RM250 pada Ogos
  • Bujang M40:
    • RM100 pada Ogos.

2. Bantuan Kehilangan Pendapatan

PEMULIH turut menyediakan peruntukan bantuan sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Ia akan dibayar kepada yang layak pada Oktober nanti.

3. Diskaun Bil Elektrik

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Kerajaan akan memberikan diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

  • Diskaun 40%: Penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan
  • Diskaun 15%: Penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

 

Ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

4. Pengenalan i-CITRA KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu yang dikenali sebagai i-CITRA kepada 12.6 juta ahlinya.

Dengan program ini, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Permohonan boleh dibuat secara online di: icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

5. Moratorium Tanpa Syarat

Moratorium selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro – tanpa syarat seperti sebelumnya.

Peminjam yang mahu, hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021 dan peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Artikel secara terperinci berkenaan dengan pelbagai lagi program yang diperkenalkan di bawah PEMULIH akan diterbit secara berperingkat di BERIKERJA.

Diharapkan, inisiatif-inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringan beban mereka yang terjejas dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…