Seperti mana yang semua tahu, kerajaan baru-baru ini telah memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Dengan memberikan kepada tiga fokus utama, PEMULIH akan menumpukan kepada Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Salah satu yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat di kala terjejaskan kehidupan mereka semasa pandemik ini adalah dengan memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus.
Pemberian diskuan ini bagaimanapun dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
Jumlah diskaun
Berikut adalah jumlah diskaun yang diberikan berdasarkan penggunaan elektrik bulanan:
- Diskaun 40%: Penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan
- Diskaun 15%: Penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.
Kaedah pelaksanaan
Berdasarkan pelaksaan diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 tahun lalu yang juga ketika negara berdepan ancaman pandemik, kaedah pelaksaannya adalah secara automatik merangkumi jumlah bulan yang diberikan diskaun (3 bulan untuk PEMULIH bermula Julai), tanpa sebarang permohonan perlu dibuat.
TNB dalam satu kenyataan berkata, diskaun berkenaan adalah berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dari 1 Julai hingga 30 September 2021.
“Sehubungan itu, pelanggan akan melihat diskaun ini tertera dalam bil elektrik mulai bil bertarikh 15 Julai 2021. Bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1–14 Julai 2021, diskaun bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.” – Petikan dari MalaysiaGazette
Bagi maklumat lanjut pelaksanaan diskaun bil elektrik ini, anda disarankan untuk mengikuti perkembangan daripada pengendali elektrik masing-masing, atau boleh juga hubungi talian:
- Tenaga Nasional Berhad (TNB): 1-300-88-5454 atau [email protected]
- Sabah Electricity Sdn Bhd: 088-515 000 atau SESB Careline
- Sarawak Energy: 1300-88-3111 atau [email protected]