Universiti Teknologi Malaysia buka pelbagai kekosongan bukan akademik: Gaji RM1,218 – RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UTM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (GRED J29)
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah sehingga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mengikut ketetapan khusus kelayakan setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malayia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sesuai dengan syarat kelayakan setiap jawatan.

 

*Syarat-syarat kelayakan setiap jawatan secara terperinci boleh dilihat dengan KLIK PADA NAMA JAWATAN di bahagian ‘Maklumat jawatan’ di atas. 

Cara memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di: https://mohonjawatan.utm.my/lantikan/.

Calon dikehendaki mengisi maklumat yang lengkap dan tepat ketika memohon bagi memudahkan proses permohonan jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 JULAI 2021, RABU. 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…