Pastikan bukan Akaun Bersama: KWSP kongsi beberapa tips bagi melancarkan pengeluaran i-CITRA

Seperti semua yang telah sedia maklum, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – kerajaan telah bersetuju memperkenalkan program i-CITRA bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Melalui program berkenaan, setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak boleh mengeluarkan simpanan mereka maksimum sebanyak RM5,000 dengan bayaran sehingga lima bulan.

Selaras dengan inisiatif berkenaan, KWSP telah memberikan beberapa tips bagi memudahkan urusan pengeluaran i-CITRA nanti.

Berikut adalah antara tips yang diberikan:

  1. Pastikan ahli menepati syarat kelayakan permohonan
  2. Menyemak amaun simpanan semasa (Akaun 1 dan Akaun 2)
  3. Mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan di sistem yang disediakan
  4. Menggunakan akaun bank yang aktif, bagi penyaluran wang
  5. Akaun bank atas nama sendiri (ahli yang memohon)
  6. Akaun bank bukannya Akaun Bersama atau Akaun Syarikat

Permohonan i-CITRA

Permohonan i-CITRA terbuka kepada setiap ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dengan simpanan sekurang-kurangnya RM150 pada tarikh permohonan.

Permohonan pula hanya akan dibuka pada 15 JULAI HINGGA 30 SEPTEMBER 2021, dan boleh dikemukakan di laman web rami i-CITRA.

Untuk maklumat tentang i-CITRA, ahli boleh merujuk di laman rasmi KWSP (DI SINI) atau kemukakan sebarang pertanyaan kepada:

  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP – DI SINI
  • Media sosial rasmi KWSP –  DI SINI
  • Hotline i-Citra di talian – 03-8922 4848

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…