Dalam keadaan negara yang masih berdepan ancaman pandemik, pelbagai inisiatif dan bantuan telah diperkenalkankan bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas.
Selaras dengan usaha itu, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memperkenalkan program Bantuan Khas Covid-19 NADMA.
Dengan bantuan khas ini, mereka yang layak bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 sehari selama 14 hari secara one-off.
Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:-
Syarat-syarat kelayakan
Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana:
- Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). ATAU
- Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note/Medical Certificate).
Manakala, pemohon yang TIDAK LAYAK pula adalah:
- Bukan Warganegara Malaysia.
- Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Kaedah bantuan
Berdasarkan kenyataan NADMA, bantuan ini merupakan bantuan RM100 sehari selama 14 hari tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Bantuan khas ini juga hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Cara memohon
Untuk memohon, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14/Annex 17) atau Discharge Note/Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19.
- Salinan muka depan penyata bank/buku akaun bank yang masih aktif.
Setelah itu, dokumen berkenaan perlu dilampir bersama borang-borang ini yang diisi lengkap:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A) – Muat turun DI SINI.
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) – Muat turun DI SINI.
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri, Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) – Muat turun DI SINI.
- Muka depan penyata bank waris
- Salinan kad pengenalan waris
Selepas dokumen dan borang lengkap, ia boleh dihantar kepada:
- Whatsapp ke no: 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab), ATAU
- Email ke: [email protected] ATAU
- Pos kepada:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Untuk maklumat, permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.
Untuk maklumat rasmi dan terperinci program ini, boleh rujuk DI SINI.