Bantuan lampin pakai buang bayi ~ Cara memohon Bantuan Pejuanita Muda Prihatin di setiap negeri

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keadaan negara ketika ini cukup sukar akibat hambatan pandemik yang masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.

Hal ini juga memberi kesan kepada ramai pihak, khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah, hilang pendapatan dan telah bekeluarga.

Prihatin dengan permasalahan yang menimpa, Pejuanita Muda Malaysia telah memperkenalkan program Bantuan Pejuanita Muda Prihatin yang memberi fokus kepada golongan wanita dan bayi.

Melalui program ini, mereka yang memohon akan menerima sumbangan tuala wanita dan lampin pakai buang bayi.

Pihak Pejuanita Muda Malaysia juga telah mengemaskini sistem permohonan berdasarkan negeri bagi memudahkan permohonan.

Cara memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan dengan KLIK SINI dan memilih negeri tempat pemohon menetap.

Seterusnya pemohon dikehendaki mengisi maklumat seperti berikut:

  • E-mel
  • Nama
  • Alamat
  • No Kad Pengenalan
  • No telefon
  • Item yang diperlukan (sama ada tuala wanita atau lampin pakai buang bayi)
  • Saiz lampin pakai buang bayi (jika memilih item berkenaan)

 

Untuk maklumat lanjut program, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…