Institut Koperasi Malaysia (IKM) buka kekosongan terkini ~ Minima SPM layak memohon

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Institut Koperasi Malaysia (IKM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di IKM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

JURUTEKNIK KOMPUTER

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Kadar upah harian: RM54
  • Kekosongan: 3 kekosongan (Kedah, Pahang & Johor)

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan:
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat di beberapa saluran:

  • Portal eJawatan IKM (KLIK SINI).
  • Portal MYFutureJobs (KLIK SINI).
  • Emel kepada: [email protected] sama ada menggunakan Borang Permohohan Jawatan Kosong (KLIK SINI) atau menghantar resume beserta salinan sijil yang telah disahkan.

 

Calon boleh memilih mana-mana saluran permohonan mengikut keselesaan masing-masing. Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 22 JULAI 2021.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…