Bantuan Khas OKU RM500 secara ‘one-off’ ~ Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2021

Pada 9 Jun 2021, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan Pakej KITA SELANGOR 2.0  yang memperuntukkan dana sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri berkenaan.

Melalui Bantuan OKU KITA Selangor 2.0, golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga) akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500.

Berikut adalah maklumat lanjut bantuan berkenaan:-

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 sahaja
  • Pemegang Kad OKU JKM Selangor
  • OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik
  • Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
  • Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  • Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
  • Salinan slip gaji terakhir.
  • Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  • Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di laman sesawang: ANIS SELANGOR. Borang permohonan kemudiannya hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.

Borang permohonan boleh dihantar melalui salah satu kaedah berikut:

  • Penghantaran melalui emel di: [email protected]. ATAU
  • Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

 

Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian Hotline : 03-5481 8800

Klik pada imej atau sini untuk nampak lebih jelas.

Untuk permohonan yang tidak disertakan bersama dokumen lengkap, akan menyebabkan ia tidak diproses.

Tarikh tutup permohonan pada 31 JULAI 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…