Koperasi Peserta Rancangan FELCRA buka pelbagai kekosongan – Tarikh tutup 19 Julai 2021

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Peserta Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di koperasi ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Kerani Tapak Projek
    • Gaji: RM1,200 – RM1,499 (boleh runding)
  2. Penolong Penyelia Trading
    • Gaji: RM1,200 – RM1,499 (boleh runding)
  3. Penyelia Projek (Pertanian)
    • Gaji: RM1,200 – RM1,499 (boleh runding)
  4. Penyelia Keselamatan Tapak
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999 (boleh runding)

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan

*Untuk maklumat syarat-syarat terperinci setiap jawatan, KLIK SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di laman MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik pada ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 JULAI 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…