Cara memohon bantuan makanan ‘MYDIN Tolong’ ~ Permohonan dibuka sehingga 16 Julai 2021

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ramai di kalangan rakyat negara ini terkesan akibat hambatan pandemik dan pelaksanaan kawalan yang membataskan pergerakan.

Makanya, antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat ketika ini adalah kekurangan bekalan makanan seharian bagi meneruskan kehidupan.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia – Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah memperkenalkan program MYDIN Tolong bagi membantu mereka yang terjejas.

Berikut adalah maklumat lanjut program berkenaan:-

MYDIN Tolong

Melalui inisiatif ini, keluarga yang layak akan menerima sumbangan barangan dapur dari MYDIN sebagai salah satu usaha meringankan beban mereka.

Bagaimanapun, program bantuan ini hanya akan diberikan kepada pemohon yang tinggal dalam radius 10 kilometer (km) dari cawangan Mydin terdekat bagi memudahkan proses penghantaran.

Penghantaran makanan itu pula akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan dibuat.

Cara memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:

  • Klik link: ATAU hubungi 016-241 5308 dan taip ‘MYDIN Tolong’
  • Hantar alamat dan nombor telefon penerima.
  • Hantar gambar kediaman penerima.

 

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang layak selepas melalui proses tapisan dari pihak MYDIN. Untuk maklumat lanjut program, KLIK SINI.

Permohonan dibuka sehingga 16 JULAI 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…