Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di Ajinomoto Malaysia adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
- Pengawal Keselamatan – Kontrak
- Eksekutif Kewangan
- Gaji: RM4,200 – RM5,000
- Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan
- Gaji: RM3,700 – RM4,500
- Eksekutif Perniagaan & Komunikasi Korporat
- RM3,100 – RM3,800
- Eksekutif Perolehan
- RM3,500 – RM4,500
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan, calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat pendidikan rendah sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Berpengalaman 2 ke 3 tahun mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Lulusan baru juga digalakkan memohon mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
*Untuk syarat-syarat kelayakan lebih terperinci, KLIK SINI.
Penempatan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Cara memohon
Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik pada ‘Apply Now’.
Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.