Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sehingga RM1,000 sebulan: Syarat – syarat & cara memohon

Bagi membantu mereka yang memerlukan, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha memastikan bantuan itu meliputi pelbagai lapisan umur rakyat.

Oleh hal demikian, JKM telah memperkenalkan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dengan tujuan untuk:

  • Membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar BKK

Kadar BKK adalah sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

BORANG

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 

Bagi memudahkan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Dalam masa sama, permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di portal: eBantuanJKM.

Pemohon bagaimanapun perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat terperinci berkenaan BKK, KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…