Bantuan sehingga RM350 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Am Persekutuan

Selaras dengan usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Am Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Melalui skim bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan seperti berikut:

  • RM100 sebulan (seorang)
  • Maksimum RM350 sebulan (sekeluarga)

 

Tujuan utama pelaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga yang layak.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

 

Bagi maklumat kelayakan bantuan dengan lebih lanjut dan terperinci, pemohon disarankan untuk pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau menghubunginya mengikut daerah tempat tinggal pemohon (KLIK SINI untuk senarai No Tel).

Cara memohon

Untuk mereka yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan – KLIK SINI. Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Selain itu, permohonan turut boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM.

Bagaimanapun, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…