Bantuan RM600 untuk pekerja Malaysia selama 4 bulan ~ Syarat-syarat & cara memohon PSU 4.0

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 sebagai kesinambungan program-program sebelumnya.

Oleh itu, kerajaan telah peruntukan dana sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka akan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja di seluruh Malaysia.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PSU 4.0 :-

Program Subsidi Upah (PSU) 4.0

Melalui PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan.

  • Bantuan itu akan diberikan selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)
  • Dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN.

 

Malah, jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 – PSU 4.0 tidak lagi mempunyai syarat berkenaan dan tiada lagi syarat had gaji yang ditetapkan.

Dengan demikian, pekerja yang gajinya melebihi RM4,000 masih boleh menerima bantuan RM600 berkenaan

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan dengan tatacara berikut:

  • Permohonan dilakukan secara atas talian (online) di portal PSU – KLIK SINI
  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

 

Buat masa sekarang, tatacara permohonan boleh dirujuk di berdasarkan pelaksanan PSU 3.0 di laman rasmi PSU.

Kemaskini maklumat berkenaan PSU 4.0 secara terperinci akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut pengumuman rasmi kerajaan nanti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…