HPUPM buka pelbagai kekosongan jawatan sehingga akhir tahun: Gaji RM1,797 – RM14,063

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di HPUPM ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. JURURAWAT – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  2. PEGAWAI PERUBATAN (PAKAR) – GRED UD53
    • Gaji: RM6,182 – RM14,063
  3. PEGAWAI PERUBATAN – GRED UD43
    • Gaji: RM3,611 – RM12,449

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Untuk syarat-syarat secara terperinci bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di portal – eJobs UPM (DI SINI).

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya secara lengkap dan tepat, sabelum boleh membuat permohonan jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakandan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan jawatan dibuka sehingga 31 Disember 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…
Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

Dalam masyarakat yang pesat membangun, masih ramai individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan memerlukan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada…