Bantuan ‘one-off’ RM2,700: Syarat-syarat & cara memohon Geran Pelancaran untuk jana pendapatan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan sahaja memberikan bantuan secara bulanan tetapi juga secara ‘one-off’ untuk mereka yang layak menjana pendapatan sendiri.

Oleh hal demikian, JKM telah memperkenalkan GERAN PELANCARAN yang memberikan bantuan kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM2,700. 

Tujuan utama bantuan ini adalah:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM (penerima bantuan JKM sedia ada sahaja).
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Disebabkan bantuan ini hanya diberikan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja, maka ia tidak dibuka kepada bukan penerima bantuan JKM.

Jika tetap mahu memohon, seseorang itu boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu dan sekiranya layak serta tersenarai sebagai penerima bantuan, maka bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Cara memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat.

Pemohon juga dikehendakki membawa dokumen sokongan bagi memudahkan proses permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…