Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di KESAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
PERONDA LEBUHRAYA
- Gaji Permulaan: RM1,200
- Pengalaman: 1 tahun
- Lesen: Lesen memandu B2, D & GDL (Minimum)
- Taraf Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Taraf Jawatan: Tetap
- Waktu Bekerja: Syif
- Jantina: Lelaki sahaja
Faedah-faedah jawatan
- Elaun syif sebulan: RM60
- Elaun dobi sebulan: RM40
- Insentif Kedatangan: RM40
- Insentif Khidmat Pelanggan: RM70
- Caruman KWSP, SOCSO dan Skim Insuran Pekerjaan (SIP).
- Overtime/kerja lebih masa – Berdasarkan keperluan.
- Kemudahan perubatan untuk kakitangan dan tanggungan (rawatan pesakit luar, kemasukan ke hospital dan bersalin bagi pasangan).
- Insuran kemalangan diri dan insuran nyawa secara berkelompok untuk kakitangan.
- Pakaian seragam.
- Cuti tahunan, cuti sakit dan hospitalisasi, cuti penjagaan keluarga, cuti perkahwinan (bagi yang belum pernah berkahwin), cuti ‘paternity’, cuti ehsan dan cuti peperiksaan.
- Bonus dan kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan prestasi.
Cara memohon
Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan, dan menyertakannya bersama salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil dan lesen.
Borang permohonan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu Wisma Kesas Lebuh Raya Shah Alam dan permohonan juga hendaklah dihantar di tempat sama:
KESAS Sdn Bhd
Wisma KESAS
No. 1, Lebuh Raya Shah Alam
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Untuk iklan rasmi jawatan, KLIK SINI.
Tarikh tutup permohonan pada 31 OGOS 2021, SELASA.