Koperasi Permodalan FELDA buka kekosongan terkini ~ Minima SPM, terbuka di pelbagai lokasi

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di AR-RAHN KPF ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PENYELIA CAWANGAN (5 kekosongan)
    • Penempatan: Klang, Seri Iskandar, Bayan Baru, Sungai Jawi, Seberang Jaya
  2. KERANI KHAZANAH/TELLER (2 kekosongan)
    • Penempatan: Bukit Mertajam, Changlun

Syarat-syarat kelayakan

PENYELIA CAWANGAN

  • Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan.
  • Bertanggungjawab, jujur dan amanah serta boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik.
  • Boleh bekerja di mana-mana cawangan sekiranya berjaya dalam temuduga.
  • Berumur tidak lebih daripada 35 tahun.

 

KERANI KHAZANAH/TELLER

  • Kelayakan minima adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan.
  • Bertanggungjawab, jujur dan amanah serta boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik.
  • Boleh bekerja di mana-mana cawangan sekiranya berjaya dalam temuduga.
  • Berumur tidak lebih daripada 35 tahun.

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN (MUAT TURUN – PDF) dan menghantarnya ke alamat:

Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Tingkat 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan pada 20 OGOS 2021, JUMAAT.

Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…