YADIM buka pelbagai kekosongan jawatan terkini: Gaji dari RM1,352 hingga RM4,003

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di YADIM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PENOLONG TADBIR OPERASI – GRED 19
    • Penempatan: Ibu Pejabat YADIM, Kompleks Islam Putrajaya.
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  2. PENOLONG TADBIR OPERASI – GRED 19 (SETIAUSAHA PEJABAT)
    • Penempatan: Ibu Pejabat YADIM, Kompleks Islam Putrajaya.
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – PENOLONG PEGAWAI GRED 29
    • Penempatan: Pejabat YADIM, Negeri Kedah, Sg Petani, Kedah
    • Gaji: RM72/hari

Syarat-syarat kelayakan

PENOLONG TADBIR OPERASI – GRED 19

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelulusan seperti berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelulusan seperti berikut:
    • Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf olehnya oleh kerajaan;
    • Sijil Tinggi Agama yang yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf olehnya oleh kerajaan.

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian DI SINI. Selain itu, pemohon juga mestilah memuat naik resume berserta gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil berkaitan dan dokumen sokongan ke alamat e-mail: [email protected].

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 OGOS 2021, ISNIN (JAM 5 PETANG).

Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…